Monday 30 July 2012

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi
anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15orang dalam dunia ini menyayangi
anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin
menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada
seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup
bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangianda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
disebaliknya.
11. Sekiranyaanda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula;
mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk
mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan
memperolehinya,tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan
memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala
makihamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa
senang bila seseorangmengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya
seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk
menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup
untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda
tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar
pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda
sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini,
bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit
masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang
atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebihbaik.

Sunday 27 May 2012

ReSiPi KeK CoKlAt

Bahan A 
Tepung gandum 2 cawan 
Serbuk Koko 1/2 cawan 
Serbuk penaik 1 sudu tea  
Soda bikabonat  1 sudu tea 

Bahan B
Gula (kisar ) 2 cawan 
Susu cair 1/2 cawan 
Susu Pekat 1/2 cawan 
Telur 2 biji 
esei vanila 1 penutup 
Minyak 1 cawan 
Air panas 1 cawan 

Cara-Cara Membuat : 
  1. Setiap dari bahan A perlu la di ayak terlebih dahulu 
  2. Setelah di ayak kemudian gaulkan sehingga tidak nampak warna putih 
  3. Gula di ayak terlebih dulu kemudian gaulkan bersama bahan A tadi 
  4. Masukkan susu cair dan susu pekat kemudian kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati .
  5. Pecahkan telur di bekas lain dan masukkan esei vanila kemudian tuangkan di dalam bahan tersebut.
  6. masukkan minyak kemudian gaulkan .
  7. Akhir sekali letak air panas 
cara memasak :
  1. Menggunakan oven. masak menggunakan suhu 180 'c gunakan api atas dan bawah. masak selama 45 minit.
  2. Menggunakan kukus gunakan api yang besar masak selama 30 minit



SELAMAT MEMCUBA !!!!!!!!!!



Thursday 10 May 2012

BeRtEmU KeMbALi

bulan niew aq ase hepy sgt2 coz aq slalu rindukan kawan lame...tepi aku betul2 x sangka akan bertemu semula ngn kawan2 lame.......first dengan zarifah aq ingatkan zarifah dah lupe kn aku coz dye terus mghilang, sepi tanpa sebarang berita pun sedih giler aq coz aku ingat aq sudah pun khilangan sowng kawan bek aq sndiri tetapi perkara sedih tu tidak blaku pun kerana zarifah telah  contact dengan aq  semula hari tu la hari yang paling gembira wat aq coz pat balik contct ngn mber aq semula rupanyew enset zarifah telah pun hilang jadi semua nombor telefon dah hilang berbulan-bulan dye nk crk semula nombor aq akhirnye dye dapat contact semula ngn aq ...............hepy gilerrrrrrrrrrr aq ..........Smlm plak aq jumpe ngn idayu iaitu kawan aq sama plkn dulu sumpah aq rindu giler nk jumpew ngn mber2 plkn dulu asyik teringat jew mmori kenangan lame.......sweet giler kenangan tu.....lepaskan rindu aq ngn idayu slame ngn mjerit kt keroke giler layan abis aq ngn jumpe dye....hahhaahahha.....hepy nyew aq........dapat bertemu smula mber2 aq...........sumpah aq kta .....aq xkn lupakan kawan2 aq semua taw.............aq sayang semua kawan2 aq taw.........

MISSSSSSSSSSSS YOUUUUUU ALLLLLLLLLL...MUAHHHHHHHHHHHH

Sunday 15 April 2012

sayang ku kemana


bab 1

         Ain bangun la..ish si budak ain ini tak reti-reti nak bangun matahari sudah tinggi atas kepala,  anak dara apa la budak ini..Ala ibu ini ain mengantok la ibu..tak ada tak ada ok ibu suruh bangun bangun ok jangan nak degil..Ala ibu ini yela yela, Ha tadi hakim ada call dia cakap ain dah semak keputusan masuk ke sekolah teknik. Alamak ibu ain lupa la hari ini dah boleh semak, ibu abang dia guna laptop dia tak sekarang ini? mestilah dia guna nak buat tugasan..ibu boleh tolang ain tak minta dengan abang yang ain nak pinjam laptop dia..Malas la ibu nak masuk campur kamu pergi la minta sendiri dengan abang itu..Ala ibu ini..Abang sibuk tak ? ha dah bangun dah anak dara seorang ini dah pukul 12 baru bangun macam mana la kalau dah kahwin nanti abang kesian dekat suami kamu je nanti..Ala abang ini dah la tadi kena bebel dengan ibu ini dengan abang plak siap sampai bab kahwin, cik abang oi ain nak pinjam laptop nak semak keputusan kemasukkan sekolah teknik..nak pinjam laptop abang cakap la elok-elok..ha adam bagi je la adik kamu nak pinjam laptop itu tak yah nak kenakan adik kamu itu.hahhaha..abang dah dengar dah apa yang ibu cakap marilah sini laptop itu..ish budak ini ada juga kena dengan abang jap lagi nasib baik ibu ada kalau tak siap la kamu..weak. ain dah lama pun siap nye..

         Ibu!!  ain dapat masuk ke sekolah teknik itu, Alhamdulilah ain dapat sekolah teknik dekat mana? dekat terengganu ibu..kesian la kat ibu lepas ini kena duk seorang-seorang kat rumah lepas ini ain akan masuk asrama..tak pew la abang ibu tak kisah sangat pun asalkan anak-anak ibu semuanya berjaya dan tidak lupakan ibu sudah la..Ala ibu ini sampai ke situ plak ain dengan Abang tidak akan sekali-kali lupakan ibu..betul itu ibu abang tak akan lupakan ibu...ibu ada terfikir tak ibu. fikir apa plak adam? macam mana la anak dara ibu yang  seorang itu bakal duduk asrama, tadi pun dah bangun pukul 12..ehehhehe...betul juga kata abang itu baru ibu terfikir..ish ibu dengan abang ini adik boleh berdkari sendiri la jadi abang dengan ibu tak payah nak susah-susah fikirkan ok.
         Ibu nak bawa barang apa lagi ini ibu, Ain dah pening la ibu. Ala ain ini bising la itu pun nak kelam kabut bawa je nak duduk asrama..Ibu tengok abang itu tak habis-habis nak kenakan ain ini ibu. Manja betul la ain ini sikit-sikit nak mengadu kat ibu tak apa tengok la kat asrama nanti bila kena buli dengan kakak senior baru dia tahu masa itu ibu tak kat sana..Ala ain tak takut pun la..tak apa sekarang boleh la cakap besar kita tengok nanti..Adam, ain sudah gaduhnya tak habis-habis kamu berdua ini dah ain pergi siap cepat nanti lambat plak sampainya, adam plak pergi panaskan enjin kereta itu. Baik la ibu.

         Ain ingat tahu semua pesanan ibu, jangan lupa makan kalau ada apa masalah telefon ibu taw. Ibu, ain dah-dah la orang lain tengok kita ini malulah macam tak akan jumpa 10 tahun je. masa abang dulu tak ada lah plak macam ini..ibu nak tahu tak ada orang itu sebenarnya jeles la dengan ain..hehheh..tak ada masa la abang jeles dengan kamu ini ain. Assalamulaikum puan, waalaikumussalam. Saya adalah waden disini puan boleh panggil saya cikgu murni, saya nak minta maaf kerana semua pelajar disini terpaksa berada dalam  asrama sekarang kerana mereka selepas ini akan ada sesi suai kenal dengan pelajar lain..owh minta maaf cikgu murni, baiklah saya faham terima kasih cikgu. Ok la ain ingat tahu pesanan ibu jangan nakal-nakal. ye ibu tahu ibu juga jaga kesihatan juga tahu.

         Hai nama saya ain nama awak apa ? hai ain, nama saya alia, ain dari mana tengok dari gaya percakapan bukan dari terengganu kan. Aha alia, ain  bukan dari terengganu ain dari KL, alia memang orang sini kew? Ye saya memang orang terengganu duduk kat kuala terengganu. Hai saya killa selamat berkenalan, selamat berkenalan juga killa. Eh jom la, cikgu murni dah panggil dah itu, ain dari mana kau tahu nama cikgu itu murni. tadi cikgu itu perkenalkan diri dia kat ibu aku itu yang aku tahu itu.


         Ain bangun la dah pukul berapa dah ini nanti terlewat siap pergi kelas bangun la ain, yela alia aku taw aku nak bangun la niew. EH..Alia Ain npew lambat datang ini??? macam mana aku tak lambat killa niew ha si ain niew selalu bangun lewat duk tunggu dia bersiap tu yang kita owang lambat datang sekolah hari ini..hahaahhah ala alia sowi la lain kali ko kejutkan la aku awal cikt kew tak ada la aku lewat macam niew hehehe..banyak la ko punye alasan ko ain..Ala alia jangan la marah aku tak baik taw marah-marah macam niew taw, mak aku cakap nanti cepat tua taw..hahahah...pandai la ko niew ain dengan alasan ko..Ala killa biasa la tu...
        
         Ok kelas, selamat berkenalan, kamu semua boleh panggil saya cikgu zaiton saya adalah guru kelas kamu dan juga akan mengajar kamu semua subjek perakaunan. Jika ada apa-apa masalah boleh hubungi saya atau datang berjumpa dengan saya faham semua??? FAHAM CIKGU!!!!!!

         Wei killa, alia jom la p makan aku lapar la ko owang tak lapar kew?? Ala ain kita owang tak nak makan la kita owang nak makan lepas balik kelas nanti sekarang kita owang nak makan biskut jew la...Ala ko owang tak kesian kan aku kew ?? aku lapar niew..tak apa aku dengan Killa teman ko makan ok tak?? Ala tak nak la lau aku sowang jew yang makan tak ada feeling taw aku nak makan...ko niew Ain banyak plak kerenah nyew...

         Woi Farhan!!! aku panggil ko buat-buat tak dengar plak dia, ko tengok siapa sampai aku panggil ko pun tak dengar niew...Aku ne da tengok siapa-siapa pun la ko niew fahmi pandai-pandai jew la..dah la jom masuk kelas loceng dah bunyi dah tu.




Sunday 4 March 2012

TeriMa Kasih AwK

pada mula saya mengenali diri awak saya tidak berapa suka dengan awak.....tetapi dalam masa yang sama awak slalu membuat saya berase gembira......setelah saya mengenali diri awak dengan lebih rapat baru lah saya nampak ke kejujuran awak menyayangi saya....setiap hari awak telah pun membuat hati saya berase gembira saya berase sangat gembira dengan kehadiran awak dalam hidup saya......walaupun kadang kala awak niew da sifat kedegilan yang membuat saya geram dengan awak tetapi semua tu adalah adat dalam kehidupan sbuah perhubungan.....awak x pernah marah akan saya walaupun itu adalah kesalah diri saya tetapi awak yang minta maaf.........awak kata awak sayangkan perhubungan niew begitu juga ngn saya...saya pun sayang juge dengan perhubungan ini.....TERIMA KASIH AWAK (muhammad i****f*****l )

Tuesday 24 January 2012

Laporan LI

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1  PENGENALAN

1.1.1  PENDAHULUAN

Latihan Industri merupakan suatu subjek utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) yang diwajibkan kepada setiap pelajar semester 4 kursus Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM) disyaratkan lulus semua semester untuk menjalani latihan industri.  Pelajar wajib lulus latihan industri agar diperakukan untuk penganugerahan Diploma Pengurusan Peruncitan.  Jika pelajar gagal dalam menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan untuk mengulangi, semula sehingga lulus bagi memenuhi syarat akademik.

      Pelajar akan ditempatkan dijabatan kerajaan atau firma swasta selama satu semester bagi mendedahkan kepada mereka suasana pekerjaan sebenar yang berbeza daripada suasana di Politeknik.   Pelajar diberi kebebasan untuk memilih tempat menjalani latihan industri sama ada di jabatan kerajaan atau firma swasta dengan setiap pelajar digalakkan membuat permohonan sendiri ataupun melalui pihak Politeknik.  Tempat latihan yang dipohon seharusnya bersesuaian dengan bidang yang dipelajari di Politeknik.  Perkara ini penting agar latihan industri dijalankan ditempat yang sesuai dengan kehendak pelajar dan pihak Politeknik dapat menentukan latihan berkenaan mencapai objektif sepenuhnya.


Pelajar digalakkan mempraktikkan dan menggunakan segala ilmu yang dipelajari ketika pengajian di Politeknik agar dapat digunakan dalam menjalani latihan industri.  Latihan industri juga bertujuan mendedahkan kepada pelajar kepada struktur organisasi jabatan atau firma di tempat latihan supaya pelajar memahami etika kerja sesebuah organisasi atau firma dan diharapkan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan.  Latihan industri menjadi teras peluang keemasan bagi pelajar mencari peluang pekerjaan setelah tamat pengajian.  Maka, Latihan Industri ini adalah sangat berguna kepada pelajar  yang akan bakal menjalani alam pekerjaan setelah mereka tamat pelajaran mereka di universiti mahupun kolej dengan kursus-kursus yang mereka telah ambil.

1.1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

1)      Memberi pendedahan alam pekerjaan sebenar kepada pelajar sebelum mereka tamat pengajian mereka. Mempraktik dan menghubungkan teori yang dipelajari dalam menyelesaikan masalah sebenar melalui penglibatan secara langsung dalam pelbagai aspek latihanan seperti konsep perniagaan yang sebenar, Membuka ruang yang mencukupi kepada majikan di industri mengenali potensi pelajar dan seterusnya menawarkan pekerjaan kepada pelajar sejurus tamat latihan industri  Membina sikap profesionalisme dan etika kerja yang berkualiti supaya dapat menjadi tenaga profesional yang cekap, bermotivasi dan bertanggungjawab. Mendalami struktur  organisasi industri tempat latihan dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam industri tersebut.

1.1.3 OBJEKTIF LAPORAN

Penulisan laporan bagi latihan pratikal ini adalah memenuhi  syarat bagi pelajar semester empat bagi jurusan Diploma Pengurusan Peruncitan.  Pelajar diwajibkan menulis laporan berdasarkan pengalaman menjalani latihan industri selama 22 minggu.  Objektif utama laporan ini adalah untuk menilai sejauh mana pelajar dapat mengaplikasikan serta menggabungkan pengalaman dalam mengaitkan teori yang telah dipelajari di Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan aspek-aspek praktikal di firma.  Hal ini bertujuan bagi memastikan latihan industri yang telah dijalankan oleh pelajar memcapai matlamat dan objektifnya selaras dengan misi politeknik dalam menlahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sector awan dan swasta di Malaysia.

            Sedekad dahulu, peruncitan di Asia merupakan sebuah perniagaan tempatan yang kebanyakannya dijalankan oleh  orang tempatan sendiri.  Kini  ianya semakin berubah akibat kehadiran satu bentuk perniagaan antarabangsa  yang didominasi oleh warga asing (The Economist, 01.07.2001).  ‘Morgan Stanley’, sebuah bank pelaburan baru-baru ini membuat perbandingan di antara pasar raya besar  dari segi kawasan dan  mendapati Carrefour menunjukkan satu strategi yang pelik dengan  meletakkan cawangannya di tempat-tempat yang tidak bersesuaian dan membuat penawaran lebih kepada ‘stail’ Perancis.  Kajian menunjukkan populariti mendadak yang dikecapi pasar raya besar telah memberi kesan negatif ke atas peniaga-peniaga kecil dan kini adalah masa yang tepat untuk mengenakan peraturan yang ketat kepada mereka (The Economist, 4 Julai 2001).

Peruncitan di Asia sedang mengalami dua perubahan yang besar.  Perubahan pertama adalah perubahan daripada pasar raya dan kedai kecil kepada pasar raya besar. Kedua adalah pencerobohan syarikat-syarikat daripada Barat dengan kemahiran, teknologi dan budaya untuk melaksanakan gedung besar.

Pasar raya boleh diklasifikasikan kepada tiga  kategori iaitu pasar raya kecil, pasar raya sederhana dan pasar raya besar.  Pasar raya kecil merupakan sebuah pasar raya yang keluasannya dalam lingkungan 30,000 hingga 50,000 kaki persegi.  Pasar raya sederhana pula merupakan sebuah pasar raya yang mempunyai keluasan antara 50,000 hingga 80,000 kaki persegi.  Manakala pasar raya yang mempunyai keluasan melebihi  80,000 kaki persegi dikategorikan sebagai pasar raya besar (hypermarket) (Zainal Abidin, 1992).  Di Malaysia, industri peruncitan merupakan antara industri yang penting dan memberi sumbangan yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara.  Sektor ini terbentuk daripada gabungan peruncit, perniagaan  kecil dan pasar besar.  Di samping itu, sektor peruncitan juga merupakan gabungan antara pasar raya, koperasi bersatu dan kedai-kedai yang menjual peralatan tertentu dan diletakkan di dalam satu plaza membeli belah di kawasan perbandaran.

Perniagaan runcit adalah satu-satunya sektor perniagaan yang paling senang diceburi di Malaysia dan jenis perniagaan runcit yang paling popular diceburi adalah perniagaan groseri atau perniagaan pembekalan makanan.  Satu kajian telah dijalankan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad di Negeri Sembilan pada tahun 1986  tentang penglibatan bumiputera dalam perniagaan, telah melaporkan bahawa lebih daripada 25 peratus peniaga bumiputera dalam negeri berkenaan telah melibatkan diri dalam perniagaan barangan runcit.

Kajian di Sarawak pula mendapati bahawa sebanyak 50.6 peratus daripada perniagaan bumiputera adalah dalam sektor peruncitan dan pemborongan, dan 44.1 peratus daripadanya adalah jenis barangan runcit.

Industri peruncitan merupakan penyambung terakhir di dalam aliran produk-produk daripada pengeluar kepada pengguna.  Maka ianya  amat penting dalam ekonomi sesebuah negara.  Ekonomi tidak boleh berfungsi tanpa peruncitan dan keberkesanan institusi peruncitan secara amnya memerlukan industri pemborongan.
Pusat perniagaan besar mampu memberi kemudahan seperti tempat letak kereta, pembelian melalui kad kredit serta kepelbagaian barangan yang lebih luas serta harga yang menarik.  Pembangunan prasarana serta kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam juga membantu penduduk-penduduk luar bandar untuk menjalankan pembelian mereka di pusat-pusat membeli belah tersebut.  Dengan yang demikian, ini juga turut membantu dalam persaingan sengit di antara perniagaan runcit kecil-kecilan  dan pusat-pusat membeli belah besar tersebut.

Kadar kemasukan pasar raya besar dari  luar negara di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan kemasukan di negara-negara lain dalam rantau ini.  Biarpun Carrefour, Makro, dan terbaru Tesco telah gah berdiri, namun terdapat ruang perniagaan yang tidak terisi sebanyak 1.7 juta persegi seperti yang dianggarkan oleh Bank Negara Malaysia.  Walaupun begitu, pasar raya besar dijangka mampu  berkembang dalam sektor peruncitan Malaysia kerana dapat menawarkan pelbagai jenis produk dan barangan di  bawah satu bumbung (Pelancar Online, Disember 2003).

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pelancar ‘Online’ juga, sehingga tahun 2002 terdapat sejumlah 112 pasar raya besar dan pasar raya yang beroperasi di seluruh negara.  Daripada 10 syarikat pasar raya besar terkemuka yang beroperasi di negara ini, hampir semua kepentingannya dikuasai oleh pelabur asing termasuk dua syarikat milik penuh pelabur asing iaitu Tops dan Carrefour.   Bermula dari itu, telah tercetus satu persaingan hebat dalam perniagaan peruncitan.  Kemasukan pasar raya besar seperti Tops,  Carrefour dan Giant telah memberikan saingan serta tekanan kepada para peniaga tempatan (Choi Chee Hwa, 2000).



Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad (2002), kompleks membeli belah atau pasar raya kian bertambah di zaman moden ini.  Ia diasaskan oleh kesukaran meletak kereta dalam kawasan bandar.  Oleh yang demikian, pembeli lebih suka membeli semua barang keperluan pada satu tempat di mana mereka dapat meletakkan kereta mereka dengan mudah.

Akhir-akhir ini, penubuhan pasar raya besar atau hypermarket boleh diibaratkan seperti cendawan selepas hujan.  Sambutan yang begitu menggalakkan daripada pelanggan tempatan, mendorong lebih ramai  pelabur asing  untuk membina lebih banyak pasar raya besar di negara ini.  Oleh yang demikian, persaingan dalam  industri peruncitan juga akan meningkat.  Ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap golongan peruncit tempatan khususnya peruncit Melayu.

Secara umumnya, pasar raya besar dan pasar raya mempunyai cara tersendiri dalam menjalankan operasi perniagaan mereka.  Operasinya terurus dengan tahap kecekapan yang tinggi serta menawarkan harga yang secara relatifnya terendah dan memanfaatkan pelanggan.  Walaupun pasar raya besar merupakan fenomena baru di Malaysia, ia telah menawan 12% daripada jumlah perbelanjaan isi rumah di Semenanjung Malaysia pada tahun 2002.

Menurut laporan “Thailand’s Shopping Habits Survey”, kewujudan pasar raya besar telah mengambil alih fungsi pasar raya sebagai premis membeli belah pilihan utama bagi penduduk Bangkok.  Didapati keselesaan merupakan faktor utama yang mempengaruhi mereka membuat pilihan tempat untuk membeli belah.  Tinjauan tersebut juga menunjukkan 70% daripada penduduk Bangkok mengunjungi sebuah pasar raya besar dalam masa sebulan berbanding 60% yang mengunjungi pasar raya.

Ini menunjukkan bahawa pasar raya telah menerima kesan yang negatif akibat kewujudan pasar raya besar dari segi jumlah pelanggan dan kekerapan kunjungan (Nation, The (Thailand), 29.05.2001).

 Di Bangkok, pasar raya besar telah mengambil alih fungsi pasar raya sebagai premis membeli-belah pilihan utama penduduk.  Keselesaan merupakan faktor utama yang mempengaruhi mereka untuk membuat keputusan dalam menentukan tempat untuk membeli-belah.  Justeru, satu tinjauan telah dibuat oleh A C Nielsen (“Thailand Shopping Habits Survey”, Nation, The (Thailand) ) pada 29 Mei 2001.

Hasil tinjauan itu mendapati bahawa 70 peratus daripada penduduk Bangkok mengunjungi  sebuah pasar raya besar dalam tempoh masa sebulan berbanding 60 peratus yang mengunjungi pasar raya.  Ia merupakan satu bukti jelas yang menunjukkan bahawa bukan hanya peniaga kecil-kecilan  sahaja yang menerima 5 impak senario ini, malah pasar raya juga menjadi mangsa kesan negatif kewujudan pasar raya besar dari segi jumlah pelanggan dan kekerapan.  Populariti mendadak yang dikecapi pasar raya besar di Malaysia telah turut memberi kesan yang negatif ke atas peniaga-peniaga kecil.  Oleh itu, pihak kerajaan berpendapat sudah tiba masanya untuk mereka menggubal satu peraturan yang ketat dalam aspek penubuhan pasar raya besar khususnya milik pelabur asing. Isu ini dibincangkan oleh pihak kementerian bersama-sama dengan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri (New Straits Times (Malaysia), 03.04.2002)

Di samping itu, usaha untuk melindungi dan membantu golongan peniaga kecil terus ditingkatkan.  Ini dapat di lihat menerusi langkah  yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor yang meminta semua pasar raya besar mempamerkan produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan mulai Januari 2002. Semua pasar raya besar di Selangor pula diminta untuk memperagakan produk-produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bermula Januari 2002 (News Straits Times, 30 Jun 2001).  Menurut Pengerusi  Jawatankuasa Belia dan IKS, Pembangunan Usahawan Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar, tindakan akan diambil ke atas mana-mana pasar raya besar yang gagal untuk menyertakan produk-produk IKS di  dalam senarai item-item mereka.  Ia termasuk mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk membekukan lesen operasi mereka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia dan IKS, Pembangunan Usahawan Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar, tindakan akan diambil ke atas pasar raya besar yang gagal mematuhi arahan tersebut.  Ia termasuk mengarahkan pihak berkuasa tempatan membekukan lesen operasi mereka (New Straits Times (Malaysia), 30.06.2001).  Pertumbuhan dan perkembangan pasar raya besar yang kian  mendapat sambutan positif di kalangan masyarakat, mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian yang menjurus kepada kesan-kesan kewujudannya di dalam industri peruncitan negara.  Memandangkan persaingan yang diberikan kepada peruncit tempatan kian hebat, maka pengkaji cuba untuk melihat kesan-kesan yang dihadapi oleh mereka khususnya golongan peruncit Melayu.
           
1.2  LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.2.1        PENGENALAN ORGANISASI

Peruncitan adalah salah satu sector yang sudah lama berkembang dengan dengan majunya bukan hanya di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia melakukan sector ini.  Peruncitan adalah tempat kepada orang ramai untuk membeli barang keperluan harian mereka.  Sebuah pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd. adalah sebuah pasar raya yang dianggap besar kerana mempunyai beberapa cawangan terutama sekali di kawasan sebelah timur di Malaysia iaitu di Terengganu, Kelantan dan juga Pahang.  Kita sebagai rakyat Malaysia boleh dianggap berbangga kerana kebanyakkan pasar raya yang bertapak di negara kita di Malaysia adalah yang dipegang oleh warga negara luar sebagai contoh yang kita sendiri dapat dilihat adalah Tesco, Giant, Carefour dan banyak lagi seumpananya yang diasaskan oleh oleh warga negara asing.


Pengasas Nirwana Maju adalah seorang rakyat Malaysia yang berbangsa cina dan bukanlah warga negara luar seperti pasar raya - pasar raya yang lain.  Kita turutlah berasa berbangga dan dapat dibuktikan bahawa warga negara kita Malaysia juga berjaya didalam perniagaan ini.  Walaupun tidak lagi sehebat pasar raya seperti Giant, Carefour, Tesco Tetapi perniagaan ini baru sahaja sedang mengembangkan kemajuan syarikat beliau di seluruh Malaysia.


Kawasan bagi perniagaan Nirwana Maju sdn.bhd. pada masa ini hanya berada di daerah belah timur sahaja disebabkan itu kebanyakkan orang yang berada di daerah utara dan yang lain kurang mengenali pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd.  Bagi mereka hanya tahu yang nama Nirwana ini hanyalah dalam perniagaan seperti restoran dan juga di dalam bidang perhotelan dan mereka sendiri tidak mengetahui tentang wujudnya pasar raya Nirwana Maju ini.

Antara kumpulan Nirwana yang bertempat di Malaysia ini adalah Nirwana Hypermarket sdn.bhd di Lot 118, Jalan Air Putih, 25300 Kuantan Pahang.  Nirwana Maju sdn.bhd di B16-26, Perkampungan  Kurnia Jaya Satu, Jalan Gambang, 25150 Kuantan Pahang iaitu tempat saya menjalani latihan industri.  Nirwana Maju sdn.bhd (cawangan kemaman) di Lot 2027, Jalan Kubang Kurus, 2400 Kemaman, Terengganu.  Pasaraya Nirwana Mas sdn.bhd di 4261G-4262D&E, Jalan Kebun Sultan, 15350 Koata Bharu, Kelantan.  Nirwana Sakti sdn.bhd. (pemborong) di 50-52, Perkampungan Kurnia Jaya Satu, Jalan Gambang, 25150 Kuantan Pahang dan banyak lagi kawasan terdirinya bangunan Nirwana Maju ini.


Pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd. ini selalunya berada di pinggiran bandar dan tidak pernah dibangunkan di kawasan bandar.  Hal ini, berikutan perniagaan Nirwana Maju sdn.bhd ini lebih fokuskan kepada di kawasan tersebut kerana apabila setelah membuat kajian sebuah pasar raya ini kebanyakkan pelanggan yang datang untuk membeli barang adalah dikawasan pinggiran dan bukan itu sahaja apabila dikawasan bandar susah mendapatkan kawasan untuk tempat letak kereta tetapi di kawasan pinggiran terdapat juga kawasan yang bersesuaian untuk meletakkan kenderaan pelanggan yang datang dan perkara ini telah pun  mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan yang datang untuk membeli barang keperluan mereka sendiri.


Nirwana Maju sdn.bhd. pada masa kini susah mencari maklumat tentang  pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd ini di internet tetapi jika dalam bidang yang lain seperti restoran dan juga perhotelan banyak yang kita akan dapat perolehi di internet tetapi tentang pasar raya tidak akan dapat kita jumpai melainkan peta ataupun tempat dimana berjalaninya kegiatan pasar raya Nirwana Maju ini.



Pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd mempunyai beberapa bahagian  iaitu bahagian ‘fozen’, bahagian ‘can food’, bahagian ‘cahsier’ dan banyak lagi bahagian yang terdapat di pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd. dan setiap bahagian telah pun menentukan bagi setiap ‘department’ hanya ada berapa orang sahaja yang berkerja.  Dalam proses pembayaran gaji adalah melalui bank.  Bank yang Nirwana Maju sdn bhd gunakan adalah Ambank.  Sebelum ini Nirwana Maju sdn bhd hanya memberi gaji kepada para pekerjanya secara tunai dan sekarang ini untuk meningkatkan sistem keselamatan adalah memberi gaji melalui bank dengan ini akan lebih selamat.


Pasar Raya Nirwana Maju sdn.bhd mempunyai dua helai baju untuk para pekerjanya iaitu berwarna merah dan juga yang berwarna kuning.  Kedua-kedua baju tersebut ada hari yang tertentu untuk para pekerja seharusnya memakai baju tersebut.  Baju berwarna merah adalah untuk para pekerja, sekiranya terdapat ‘sale’ yang begitu hebat dan para pekerja diwajibkan memakai baju berwarna merah.  Baju berwarna kuning adalah untuk para pekerja untuk lakukan kerja-kerja biasa sahaja


1.2.2        AKTIVITI ORGANISASI


Perniagaan Nirwana Maju sdn.bhd. melakukan pelbagai aktiviti seperti perhotelan mahupun restoran dan juga peruncitan.  Hal ini saya akan lebihkan menceritakan aktiviti Nirwana Maju sdn.bhd. bahagian peruncitan kerana lebih sesuai dengan bidang yang saya ambil di Politeknik Ungku Omar (PUO) iaitu Diploma Pengurusan Peruncitan dan tempat saya menjalani latihan industri ini juga ada kaitan tentang dengan khursus yang saya telah ambil.


Peruncitan adalah aktiviti yang di jalankan oleh Nirwana Maju sdn.bhd. mereka menjual barang-barang keperluan kepada pelanggan-pelanggan mereka.  Pelanggan mereka tidak mengira bilangan usia kanak-kanak, remaja, wanita, lelaki tua dan muda semuanya boleh datang untuk membeli barang dipasar raya Nirwana Maju sdn.bhd ini.


Perniagaan ini terdiri kepada beberapa bahagian iaitu bahagian untuk apa-apa yang berkaitan dengan bayi.  Selain itu juga, bahagian seperti alatan tulis juga, bahagian seperti perhiasan untuk wanita.  Terdapat juga kelengkapan peralatan dapur.  Turut juga menjual peralatan untuk perniaga-perniaga kecil-kecilan, ada juga menjual peralatan untuk memandi,  membasuh dan tidak lupa juga tentang pakaian.  Perkara paling utama mereka menjalankan aktiviti jualan adalah makanan yang mendatangkan keuntungan yang paling banyak kepada perniagaan Nirwana Maju sdn.bhd.




Aktiviti mereka mudah sahaja iaitu hanya menjual barang keperluan dan kehendak pelanggan.  Selain itu juga perniagaan Nirwana Maju sdn.bhd juga memberi peluang kepada perniagaan dari luar ini kerana tempat saya menjalani latihan industri dimuka pintu perniagaan Nirwana Maju sdn.bhd. berkerjasama dengan jualan buah-buahan oleh perniaga lain dan perkara itu telah pun mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelanggan yang datang ke Nirwana Maju sdn.bhd ini.


Selain itu juga Nirwana bukan hanya peruncitan sahaja mereka juga menjalankan aktiviti seperti sebagai pemborong kepada perniaga-perniaga kecil-kecilan dikawasan yang berdekatan Nirwana Sakit sdn bhd adalah pasar raya pemborong kepada perniaga-perniaga kecil-kecilan untuk mereka mendapatkan barang-barangan jualan mereka di pasar raya pemborong tersebut.  Pasar raya pemborong ini berdekatan dengan Nirwana Maju sdn bhd tempat dimana saya menjalani latihan industri.  Malahan di pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd.  juga bukan hanya pelanggan yang biasa sahaja yang datang membeli barang keoerluan mereka tetapi terdapat juga nagi perniagaan kecilan seperti pelanggan yang membuka restoran selalu datang dan juga kunjungi pasar raya dengan membeli barangan mereka untuk memasak di dalam kuantiti yang banyak ada yang membeli penuh satu troli ada juga yang datang penuh dua troli pada setiap hari dengan secara tidak langsung akan meningkatkn lagi hasil jualan pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd


Nirwana Maju sdn bhd juga sedang berkembang maju seperti pasar raya Tesco, Carefour dan banyak lagi pasar raya yang besar.  Mereka semua sudah mempunyai produk mereka sendiri begitu juga Nirwana Maju sdn. bhd mempunyai produknya yang tersendiri barang utama adalah sabun mandian jenama ini tidak akan dapat cari dimana-mana melainkan di pasar raya Nirwana Maju sdn bhd sahaja.  Harga produk tersebut juga adalah berbanding lebih murah dengan harga produk lain tetapi hasil yang diperolehi adalah sama juga produk jenama lain.  Perkara itu terpulang kepada pelanggan sendiri untuk memilih produk atau jenama yang mereka yang lebih suka ataupun yang lebih selesa untuk digunakan. Dalam hal ini juga setidak-tidaknya akan membantu kepada pelanggan mereka sendiri yang mahukan penjimatan dan membantu para pelanggan mereka mengurangkan perbelanjaan harian mereka.

            Waktu beroperasi pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd  adalah bermula pada pukul 9 pagi sehinggalah pada pukul 10 malam.  Tetapi pada hari jumaat, sabtu, dan ahad pasar raya Nirwana maju sdn.bhd telah pun memulakan operasinya lebih awal iaitu beroperasi pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 10 malam.  Pasaraya Nirwana Maju sdn.bhd membuka perniagaan setiap hari jika tutup hanyalah pada hari sambutan perayaan di Malaysia sebagai contohnya perayaan tahun baru cina, hari raya aidilfitri dan peerayaan yang seumpananya lagi.




BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

            Secara ringkasnya semasa saya melakukan latihan industri di Nirwana Maju sdn.bhd. selama 5 bulan persamaan 22 minggu saya telah menjalani latihan industri ini.  Saya telah bermula pada 19 / 12 / 2011 sehingga 18 / 5 / 2012.  Jadual saya telah diberi semasa hari pertama saya datang ke Nirwana Maju sdn.bhd. iaitu :

ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
AHAD
Pagi
Cuti
Penuh
Tengahhari
Penuh
Tengahhari
Pagi

Pagi =  9.00 pagi hingga 6.00 petang
Tengahhari = 1.00 tengahhari hingga 10.00 malam
Penuh =  9.00 pagi hingga 10.00 malam
            Di atas adalah jadual yang perlu saya lalui selama 22 minngu ini.  Pada hari jumaat, sabtu, dan ahad jika pada waktu pagi pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd. akan di buka pada pukul 8.30 pagi kerana ada pasar pagi di Nirwana Maju sdn.bhd.



2.1  Minggu ke-1



19/12/2011
1)      Mendengar talimat daripada ‘supervisor’
2)      Kenali cara penggunaan mesin wang
3)      Mengingati kod-kod barang barangan tertentu
4)      diberitahu tentang jadual waktu dan bekerja mengikut shift.
5)      Melipat  plastik
20/12/2011
Off  Day

21/12/2011
1)      Mengetahui setiap barang seharusnya memasuki kod
2)      Menerima dan perpulangan wang pelanggan dengan betul.

22/12/2011
1)      Mengetahui kod yang betul
2)      Pengiraan wang pelanggan dengan betul
3)      penyusunan barangan


23/12/2011
1)      Membuat pengiraan yang betul.
2)      Membuat ‘marking’
3)      Penyusunan barang
4)      Menghafal kod-kod
5)      Melipat plastik

24/12/2011
1)      Membuat pengiraan wang pelanggan dengan betul
2)      Penyusunan barangan
3)      Membuat bungkusan barangan

25/12/2011
1)      Pengiraan wang pelanggan
2)      Menghafal kod-kod
3)      Menimbang buah-buah
4)      Membuang sampah




2.1.1 Masalah minggu ke-1
           
            Selama seminggu saya menjalani latihan industri antara masalah yang saya hadapi adalah telah pun berlaku kecurian dimana terdapat tiga orang kanak-kanak didalam lingkungan 8 hingga 10 tahun telah pun dapat ditangkap oleh pekerja Nirwana Maju sdn.bhd.  Barangan yang telah mereka curi adalah seperti permainan dan juga alat tulis.  Kes ini telah dapat diselesaikan dengan memanggil kedua-dua ibu bapa kanak-kanak tersebut dan perlu membayar harga barang tersebut dengan 5 kali ganda.

            Selain itu juga dalam minggu ini telah juga berlaku kerosakkan mesin wang dan sistem mesin tersebut telah pun berlaku penguncian dan perkara ini di selesaikan dengan menelefon pihak sistem yang berada di Kuala Lumpur untuk membuka kembali sistem mesin wang  tersebut


2.2  Minggu ke-2



26/12/2011
1)      Mengira wang untuk ‘open float’
2)      Membuang sampah
3)      Melipat plastik
4)      Menerima dan perpulangan wang pelanggan

27/12/2011
1)      Membuat bungkusan biskut dan sayur
2)      Mempelajari membuat harga dengan mesin timbang
3)      Mengira wang pelanggan
4)      melipat plastik
28/12/2011
‘Off Day’
29/12/2011
1)      Melipat plastik
2)      Mengira wang pelanggan
3)      Menyusun telur dan roti


30/12/2011
1)      Penerimaan dan perpulangan wang pelanggan
2)      Melipat plastik
3)      Membuang sampah
4)      Mengira wang ‘open float’

31/12/2011
1)      Pelajari menggunakan mesin kad kredit.
2)      Menjaga wang pertukaran di kaunter
3)      Penerimaan dan perpulangan wang pelanggan.


1/1/2012
1)      Melipat plastik
2)      Membuat potongan sayur-sayuran
3)      Membuat ‘packing’ sayur-sayuran
4)      Menerima dan perpulangan wang pelanggan



                  
2.2.1  Masalah minggu ke-2

                   Pada minggu ini saya terpaksa bekerja pada hari selesa pada hal hari itu saya sepatutnya cuti oleh kerana pada hari itu tidak mencukupi pekerja maka dengan itu saya terpaksa bekerja dan bercuti pada hari rabu.

                   Masalah kedua adalah berlaku masalah komunikasi dengan pelanggan.  Saya telah berlaku masalah tersebut terdapat sekumpulan pelanggan berbangsa asing mereka semua berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat kerana tidak tahu berbahasa inggeris, ada kala saya memahami apa yang mereka mahu katakan dan ada kala apa yang mereka ingin sampaikan saya tidak memahani.  Perkara ini dapat diselesaikan dengan bantuan pelanggan lain yang memahani apa yang mereka ingin katakan kenapa saya.

                   Masalah ketiga adalah telah berlaku tidak ada elektrik di kawasan tersebut.  Kami telah berlaku sedikit kesukaran, kami terpaksa membuka pasar raya tersebut walaupun tidak ada elektrik kerana sudah ramai pelanggan yang tunggu diluar.  Sistem mesin juru wang kami tidak berfungsi kerana tidak ada elektrik untuk mengatasi masalah ini kami terpaksa menulis semua barang pelanggan yang mahu membeli dan terpaksa turut menulis kod-kod bagi barang tersebut dan jika tidak mengetahui harga barang tersebut perlulah pergi mencari barang tersebut dengan harga barang tersebut dengan menggunakan lampu sulush sahaja.





2.3  Minggu ke-3


2/1/2012
1)      Membuang sampah
2)      Lipat plastik
3)      Menerima dan pulangan wang pelanggan
3/1/2012
‘Off  Day’


4/1/2012
1)      Lipat plastik
2)      Menerima dan pulangan wang pelanggan
3)      Memotong sayur
4)      Bungkusan sayur-sayuran
5)      Menyusun sayuran

5/1/2012
1)      Melipat plastik
2)      Membuat penyusunan barang
3)      Mengingati kod-kod
4)      Menerima dan pulangan wang pelanggan

6/1/2012
1)      Lipat plastik
2)      Menerima dan pulangan wang pelanggan
3)      Membuat ‘checking’ telur
4)      Mengingati kod-kod baru

7/1/2012
1)      Membuat bungkusan biskut
2)      Membuat tanda harga
3)      Menerima dan pulangan wang pelanggan

8/1/2012
1)      Membuang sampah
2)      Melipat plastik
3)      Menerima dan pulangan wang pelanggan




2.3.1  Masalah minggu ke-3

            Berlaku gabungan antara Nirwana Maju sdn.bhd dengan Nirwana Sakti.  Nirwana Sakti merupakan pasar raya untuk barangan borong menjadi bertambah keliru kerana susah untuk mengesah sama pelanggan tersebut sudah bayar dengan Nirwana Maju ataupun dengan Nirwana Sakti tetapi hal ini sudah dapat diatasi dengan meletakkan tanda ‘paid’ kepada barang tersebut.

            Berlaku kes pukau terhadap pekerja hanya membeli rokok sahaja dengan wang sebanyak RM100 ringgit.  Selepas kejadian tersebut semua pekerja terpaksa lebih berhati-hati ketika menjaga di kaunter pembayaran termasuklah saya sendiri.

2.4  Minggu ke-4


9/1/2012
1)      Pengiraan ‘open float’
2)      Melipat plastik
3)      Menerima dan pulangan wang pelanggan
10/1/2012
‘Off  Day’


11/1/2012
1)      Pengiraan wang ‘open float’
2)      Lipat plastik
3)      Penyusunan barang
4)      Pengiraan stok
5)      Penerimaan dan pulangan wang pelanggan
12/1/2012
1)      Penyusunan barang
2)      Penerimaan dan pulangan wang pelanggan

13/1/2012
1)      Pengiraan wang ‘open float’
2)      Lipat plastik
3)      Buang sampah
4)      Penerimaan dan pulangan wang pelanggan

14/1/2012
1)      Pengiraan wang ‘open float’
2)      Lipat plastik
3)      ‘Packing’ barang
4)      Penerimaan dan pulangan wang pelanggan
15/1/2012
1)      Pengiraan wang ‘open float’
2)      Lipat plastik
3)      ‘Packing’ barang
4)      Penerimaan dan pulangan wang pelanggan




2.4.1  Masalah minggu ke-4
            Terpaksa menghadapi pelanggan yang terlalu ramai yang datang membeli barang keperluan mereka sendiri oleh disebabkan itu semua pekerja terpaksa berkerja dengan ‘shift full’ untuk memudahkan bagi juruwang dapat bertukar-tukar untuk memjaga kaunter dan setiap satu kaunter terdapat 2 juruwang untuk memudahkan dan memcepatkan lagi proses pembayaran berlaku.

            Kaunter yang sering rosak terdapat beberapa kaunter yang sering berlaku masalah hal ini melambatkan proses pembayaran dan juga menyusahkan pelangan dan para pekerja yang bertugas walaupun sudah kerap kali di baiki tetapi sering juga berlaku lagi masalah di kaunter pembayaran

2.5  Minggu ke-5


16/1/2012
1)      Pengiraan wang ;open float’
2)      Lipat plastik
3)      Buang sampah
4)      Penerimaan dan pulangan wang pelanggan
17/1/2012
‘Off Day’
18/1/2012

19/1/2012

20/1/2012

21/1/2012

22/1/2012




BAB 3 : PENGURUSAN STOK
           
            Pengurusan stok adalah menunjukkan tentang cara-cara proses atau langkah apabila sampainya barang ke syarikat yang telah di tempah atau yang telah di “order” oleh penyelia atau pengurus.  Proses memilih barang juga ada langkah-langkah yang patut kita patuhi dan mengikuti dan sememangnya menjadi proses yang amat penting kepada perniagaan peruncitan.  Boleh dikatakan semua cara ataupn menentukan stok ada proses-proses mereka yang tersendiri supaya tidak tersilap membuat keputusan kerana jika tersilap atau tersalah “order” boleh mendatangkan kerugian kepada syarikat.  Semua keputusan berdasarkan oleh penyelia atau pengurus itu sendiri yang menentukan barang bersama dengan pembekal-pembekal.  Pengurusan stok semua pasaran raya melakukan proses yang sama yang berbeza adalah perjanjian bersama pembekal dengan syarikat sahaja yang berbeza.  Pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd. tempat saya menjalani latihan industri turut sama menjalankan proses yang sama dengan pasar raya yang lain.

3.1 PENERIMAAN

            Penerimaan adalah sesuatu proses apabila penyelia atau pengurus syarikat membuat tempahan daripada pembekal.  Pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd. tempat bagi menentukan tempat penerimaan adalah di ‘loading bay’ kenapa pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd menentukan tempat tersebut kerana tempat tersebutlah yang paling sesuai untuk penerimaan barang daripada pembekal ini kerana supaya proses penghantaran barang daripada pembekal tidak akan menganggu pelanggan yang datang ke pasar raya kami.  Peralatan yang digunakan dalam proses penerimaan adalah ‘cart’ ataupun troli tetapi pasar raya Nirwana Maju sdn. bhd. hanya menggunakan troli sahaja ini kerana pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd, kuantan tidaklah sebesar pasar raya seperti Giant, kuantan dan Carefour, kuantan.  Nirwana Maju sdn.bhd hanya banyak cawangan sahaja di kuantan.  Antara dokumen yang di perlukan semasa proses penerimaan barang adalah seperti ‘delivery order’, ‘purchase order’, ‘invoice’ dan ‘receiving book’.  Pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd. telah membuat perjanjian bersama dengan pembekal bila tarikah dan masa barang akan sampai ini kerana untuk mengelakkan daripada berlaku penerimaan barang serentak daripada pembekal-pembekal dan ini akan lebih menyukarkan proses penerimaan barang tersebut dan pekerja-pekerja Nirwana Maju sdn.bhd. boleh bersedia ketika barang akan sampai ke pasar raya.

3.2  ‘Checking’
            ‘Checking’ adalah perkara yang dilaku selepas penerimaan barang daripada pembekal.  Proses ini banyak yang perlu diikuti proses-prosesnya.  Selalunya tempat berlakunya ‘checking adalah sama dengan tempat di mana tempat penerimaan barang tersebut dan Nirwana Maju juga turut sama tempat ‘checking’ begitu juga dengan peralatan yang mereka gunakan adalah sama iaitu troli.  Dalam proses ini ada tiga sahaja dokumen yang diperlukan iaitu ‘delivery order’. ‘purchase order’ dan ‘invoice’. ‘ Receiving book’ tidak di perlukan disini.

3.2.1  Proses ‘checking’
1.      Memeriksa dokumen ‘delivery order’ ataupun ‘invoice’ daripada pembekal.
2.      Membuka kotak dan perlu memeriksanya semua barang yang telah dihantar dalam keadaan yang baik dan elok.
3.      Mengasingkan barang tersebut kepada saiz, warna, jenama, jenis dan banyak lagi.
4.      Perlulah memeriksa kuantiti barang yang dihantar sama dengan jumlah yang di ‘order’dan di dalam ‘delivery order’.
5.      Perlulah memeriksa kualitibarang tersebut yang sampai dalam keadaan yang baik dan boleh dipasarkan.
6.      Setelah selesai dengan  semua proses di atas bolehlah menandatangani ‘delivery order’ tersebut.





3.2.2 Pemeriksaan kuantiti
            Pentingnya untuk kita melakukan pemeriksaan kuantiti ini kerana untuk memastikan bahawa barang yang dihantar oleh pembekal tersebut adalah jumlah yang betul seperti penyelia atau pengurus telah menbuat tempahan.  Pemeriksaan ini bagi untuk mengelakkan daripada kita ditipu oleh pembekal itu sendiri.  Selain itu juga, kita boleh juga memeriksa jenis, warna, jenama dan sebagainya sama dengan apa yang telah di tempah oleh penyelia dan pengurus.  Oleh itu juga, kita dapat mengesan barang yang telah rosak atau tidak boleh dipasarkan lagi kita boleh melakukan pulangan semula kepada pembekal tersebut. Antara itu  yang penting kenapa melakukan pemeriksaan kuantiti.  Pemeriksaan ini ada beberapa proses iaitu :

            3.2.2.1 Proses pemeriksaan
1.      Pemeriksaan mesti mengira kuantiti setiap satu barang yang sampai dan mestilah sama dengan jumlah yang ditempah dan sama dengan ‘delivery order’.
2.      Setelah mengira kuantiti dan jumlahnya adalah betul mesti ditandakan pada bahagian tepi dokumen tersebut.
3.      Mesti mengulangi perkara yang sama di atas semula dan kemudian menandatangani ‘invoice’ dan ‘delivery order’.
4.      Jika berlaku kesilapan semasa pemeriksaan kuantiti seperti jumlah kuantiti tidak betul, tersalah warna atau jenis dan sebagainya.  Mesti melakukan pulangan kepada pembekal semula.





3.2.3 Pulangan barang
            Di dalam proses urus niaga pulangan barang adalah perkara biasa yang selalu berlaku di antara peniaga dan pembekal.  Dengan itu, pasar raya Nirwana Maju juga turut sama ada juga barang yang telah di tempah oleh penyelia atau pengurus dipulangkan semula kepada pembekal oleh beberapa sebab.  Di antara tersalah warna, jenis, jenama, saiz, barang yang telah rosak dan tidak boleh di pasarkan lagi dan banyak lagi sebab berlakunya perpulangan barang kepada pembekal.  Semua ini berlaku kerana ada perjanjian di antara peniaga dengan pembekal itu sendiri.  Syarat-syarat di dalam perjanjian tersebut mestilah di persetujui oleh kedua-dua belah pihak yang berurus niaga. Dalam perpulangan barang juga ada proses juga bukan hanya pulang begitu juga sahaja kepada pembekal.

            3.2.3.1 Proses pulangan barang
1.      Semua maklumat tentang barang akan  dicatatkan didalam buku penerimaan.
2.      Penyelia atau pengurus mestilah membuat catatan didalam ‘return form’.
3.      Masukkan semua maklumat yang hendak dipulangkan  termasuklah nombor siri barang tersebut di dalam ‘return form’.
4.      Nyatakan sebab kenapa memulangkan barang tersebut kepada pembekal.
5.      Tandatangan dan menulis tarikh pada ‘return form’ dan mestilah dibuat oleh penyelia atau pengurus.
6.      Barang tersebut akan dipulangkan, kemudian barang tersebut harus di simpan di bahagian tepi di dalam stor.
7.      Apabila pembekal datang mesti mengesahkan ‘return form’ tersebut.
8.      ‘File original copy return form’ mestilah di serahkan kepada pembekal
9.      Tetapi separuh pembekal meminta kepada pengusaha emailkan sahaja ‘return form’ kepada mereka sahaja.

3.3  ‘Marking / Price’
‘Marking or price’ adalah sesuatu tanda harga yang di letakkan pada barang yang diniagakan.  Kerajaan juga telah mengarahkan semua perniagaan tidak kira apa jenis perniagaan seharusnya mempunyai harga. Tetapi di dalam hal ini di pasar raya tidak semua jenis barang diperlukan untuk meletakkan harga pada barang tersebut contohnya barang yang boleh di ‘scan’ tidak perlulah meletakkan harga tetapi harus juga di letakkan  bukan pada barang tetapi boleh dibuat dengan menulis harga dan diletakkan pada atas atau bawah barang atau tempat yang boleh dinampak pada barang tersebut supaya memudahkan kepada pelanggan yang datang untuk mengetahui harga barang tersebut. 

Selalunya hanya di pasar raya yang melakukan tanda harga seperti itu kerana di pasar raya pada waktu hendak membayar di kaunter mempunyai mesin ‘scan’ harga tetapi di sebuah kedai runcit biasa tidak mempunyai mesin ‘scan’ harga seperti di pasar raya dan mereka seharusnya meletakkan harga pada barang tersebut kerana perniaga tidak mampu mengingati semua jenis harga barang yang mereka jual kerana ‘stok keeping unit (sku)’ mereka banyak untuk ingat semua sekali harganya.  Meletakkan harga adalah sangat penting kepada perniaga kerana apabila pelanggan datang ke perniagaan kita tujuannya adalah satu iaitu untuk membeli barang keperluan mereka dan perkara paling utama mereka akan datang ke perniagaan kita untuk bandingkan harga kerana itu harga yang memainkan peranan yang penting dalam proses sama ada pelanggan untuk membeli barang tersebut atau tidak.

            Seperti yang di katakan diatas tadi bukan semua jenis barang yang menandakan harga pada barang tersebut.  Di pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd mereka juga seperti pasar raya seperti pasar raya yang lain mereka menandakan harga hanya pada barang yang tertentu sahaja.  Contoh di pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd mereka hanya menandakan harga pada barang yang tertentu sahaja ssebagai contohnya mereka hanya meletakkan harga pada sayur-sayuran atau barang yang perlu ditimbang sahaja barang yang lain tidak diperlukan meletakkan harganya mereka barang lain boleh di ‘scan’ di kaunter pembayaran.

            Pelanggan pada masa kini amat mementingkan soal halal terutama sekali bagi pelanggan yang beragama islam. Oleh itu, perniagaan seharusnya mempunyai sijil halal yang telah disahkan oleh pihak JAKIM.  Sebagai contohnya barang yang memerlukan pengesahan daripada JAKIM adalah seperti ayam, daging dan seumpanaan yang seperti itu yang memerlukan pengesahan JAKIM.

            Perletakkan harga yang betul juga penting supaya apabila pelanggan melihat harga yang telah di letakkan dan apabila ketika hendak membayar di kaunter ketika itu ‘cahsier scan’ barang tersebut ternyata harganya tidak sama yang dilihat oleh pelanggan sebentar tadi perkara ini akan menimbulkan kemarahan pelanggan kepada perniagaan kita dan boleh juga menyebabkan perniagaan kita akan kehilangan pelanggan

            Pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd. melakukan ‘marking or price’ bukan di tempat penerimaan barang dan ‘checking’ kerana tempat tersebut adalah paling tidak sesuai.  Mereka melakukan di kawasan dimana barang itu disusun untuk dipasarkan kepada pelanggan.  Peralatan yang mereka gunakan adalah ‘price ticket’ dan price tag machine’.  Mereka mengunakkan dokumen seperti ‘delivery order’  semasa melakukan proses ini kerana lebih memudahkan menentukan harga yang harus mereka letak untuk mendapat keuntungan untuk perniagaan mereka.

Proses dalam melakukan ini adalah lebih mudah iaitu semasa meletakkan harga seharusnya pada tempat yang betul yang membolehkan pelanggan melihat harganya.  Kita perlu juga semasa meletakkan harga dan  ketika hendak menukarkan harganya pastikan barang tersebut tidak rosak.  Ketika meletakkan harga pastikan tidak menutup maklumat yang penting sebagai contohnya jenama, maklumat kandungan barang dan banyak lagi.  Proses yang terakhir adalah harga yang diletakkan mestilah betul dan sama dengan harga yang di ‘scan’ di kaunter

3.4  ‘Stock Control’
            Kawalan stok adalah perkara yang penting bagi untuk kita mengelakkan daripada berlakunya kerugian yang berlaku kepada perniagaan kita kerana kita perlulah membuat keputusan yang betul dalam proses ini kerana menentukan keuntungan atau kerugian yang perniagaan kita alami.  Dalam kawalan stok ada 2 jenis iaitu ‘merchandise decision’ dan ‘merchandise buying’.

            ‘Merchandise decision’ adalah untuk kita kenapa kita perlu membuat keputusan ada 5 sebab kenapa kita perlu membuat keputusan semasa membuat pilihan membeli barang yang pertama adalah perlulah betul jumlah kuantiti bagi mengelakkan daripada berlaku pembaziran.  Yang kedua adalah perlulah betul jenis barang yang hendak dibeli.  Yang ketiga adalah perlulah harga yang betul.  Yang keempat adalah perlulah juga masa yang sesuai membeli barang tersebut dan yang terakhir sekali adalah perlulah betul kawasan ketika hendak membeli sesuatu barang.

            Dalam ‘merchandise decision’ memerlukan beberapa proses iaitu perkara pertama adalah pada masa kini zaman berubah dengan cepat sebagai perniaga kita juga seharusnya selari dengan perubahan tersebut dan perlulah mengikuti kerana pelanggan suka  mengikut perubahan zaman pada masa kini.  Selain itu, juga kita perlulah merancang kemudian kita menbuat senarai dalam proses ini.  Kita perlulah tahu nilai barang tersebut kepada kita bila dah tahu dari segi nilainya kita kemudian perlulah mengetahui bajet kita  dan akhir sekali bolehlah kita membuat keputusan untuk membelinya.




            ‘Merchandise buying’ adalah pembelian barang oleh pembekal dalam proses ini juga memerlukan proses-proses untuk melaksanakan proses ini.  Dalam proses ini juga diikuti oleh pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd.ada 12 proses yang perlu di ikuti :
  • 1.      Kita perlulah mengetahui maklumat tentang jualan barang tersebut dan sambutan yang diberi oleh pelanggan
  •      Kita perlulah tahu tentang ataupun kenalpasti barang tersebut
  •     Anaylisas barang tersebut seperti mengetahui tentang dipasaran dan juga tentang permintaannya pada masa kini.
  •    Perlulah merancang tentang jenis jenama, dan juga kualiti barang tersebut untuk dipasarkan pada perniagan kita
  •     Seterusnya buatlah pilihan daripada pembekal tentang barang tersebut
  •     Setelah kedua-dua pihak telah bersetuju tentang barang tersebut perlulah membuat rundingan harga dengan pembekal
  •      Kemudian setelah setuju tentukan tempat penerimaan barang tersebut
  •      Berlakulah penerimaan yang telah di tetapkan oleh perniaga dan juga pembekal
  •      Kita melakukan perletakkan harga yang sesuai dan betul pada barang tersebut
  •    Mulalah kita melakukan promosi sendiri terhadap barang tersebut supaya pelanggan tahu akan kewujudan barang tersebut dan menarik untuk membelinya
  •     Kita sama-sama melihat hasilnya setelah barang tersebut kita telah di pasarkan
  •    Akhir sekali setelah melihat hasilnya bolehlah kita mengetahui beberapa banyak untuk membuat ‘re- order’ semula.


3.5  ‘Storage’
            ‘Storage’ adalah sesuatu tempat untuk menyimpan semua barang yang diterima daripada pembekal.  Bukan semua barang yang kita terima daripada pembekal boleh dijualkan dalam masa satu hari sahaja bagi perniagaan yang besar seperti sebuah pasar raya banyak barang dan jenis barang yang di tempah oleh penyelia atau pengurus perniagaan itu.  Maka dengan itu, perlulah wujudnya sebuah stor bagi memudahkan untuk kita menyimpan lebihan barang yang telah di tempah oleh penyelia atau pengurus ada tempat untuk mereka menyimpan barang mereka supaya barang mereka akan dalam keadaan yang lebih selamat dan terjaga.

            Keadaan barang semuanya bergantung pada keadaan ‘storage’ kita sendiri ini kerana jika keadaan storage yang tidak teratur boleh menjadi punca barang kita akan menjadi rosak dan kita akan mengalami kerugian yang amat besar daripada kerosakkan banyak tersebut.  Maka dengan itu, penjagaan di stor adalah sangat penting.

            Didalam ‘storage’ terdapat 2 jenis iaitu simpanan didepan selalunya seperti baju atau kasut bagi memudahkan untuk mencari barang tersebut dan tidak perlulah membiarkan pelanggan tunggu terlalu lama untuk kita memcari barang tersebut.  Selalunya barang yang disimpan didepan adalah saiznya tidak terlalu besar.  Jenis yang kedua adalah simpanan didalam stok selalunya adalah barang-barang yang besar dan tidaklah barang yang perlu kita untuk senantiasa mencarinya jika habis baru mengeluarkannya.

Stor seharusnya berdekatan dengan tempat dimana kawasan berlaku penjualan barang memudahkan untuk kita untuk mencari barang tersebut. Susun atur juga seharusnya lebih mudah untuk mencari barang.  Stor juga penting untuk bagi mengelakkan daripada barang tersebut akan hilang.

Kita perlulah mengunakan semua ruangan yang ada dengan sebaik yang mungkin.  Gunakanlah ruangan tersebut seluas yang mungkin walaupun akan sampai  ke siling.  Ini penting bagi memudahkan untuk melakukan kerja penyusunan barang ketika barang sampai dan ruangan yang ada membolehkan laluan untuk troli membawa barang masuk dan juga membawa barang keluar.

Cara untuk kita menyusun barang ini kita perlulah menyusun semua jenis barang ini dengan sama jenis barang tersebut.  Jika barang yang sampai di letakkan didalam kotak adalah perkara yang mudah untuk kita melakukan penyusunan barang. Tetapi jika barang yang tidak di bungkus akan lebih menyukarkan kerja di lakukan. Dalam proses ini cara yang betul bagi mengelakkan daripada barang yang rosak adalah apabila barang baru sampai kita perlulah stok yang lama dikeluarkan terlebih dahulu dan kemudian barang yang baru sampai tadi di letakkan di belakang perkara ini adalah untuk sesuatu barang mereka mempunyai tempoh luput sendiri.  Maka dengan itu, perlulah barang yang lama dijualkan terlebih dahulu.  Barang yang kita letak disimpan seharusnya didalam keadaan yang yang baik, mestilah dalam keadaan yang selamat dan tidaklah terdedah kepada sebarang kerosakan kepada barang tersebut.





BAB 4 : PROMOSI


Promosi adalah upaya untuk memberitahukan atau menawarkan produk atau jasa dengan tujuan menarik calon konsumen untuk membeli atau mengkonsumsinya. Dengan adanya promosi produsen atau distributor mengharapkan kenaikannya angka penjualan.  Promosi ada banyak cara untuk kita melakukan promosi yang membolehkan untuk kita menarik lebih ramai pelanggan datang ke perniagaan kita ataupun terhadap barang yang kita jual tersebut.  Kita sebagai perniaga juga pula tahu cara untuk membuat promosi yang sangat berkesan kerana promosi juga yang akan menentukan kepada perniagaan kita sama ada mendapat keuntungan ataupun sebaliknya yang kita akan dapat daripada promosi tersebut.

Promosi adalah penting untuk perniagaan kita tidak kira apa jenis perniagaan yang di jalankan.  Setiap pelanggan selalunya akan menunggu promosi yang kita lakukan untuk pelanggan kita dengan ini kita dapat meningkatkan lagi keuntungan dan juga dapat menambahkan lagi pelanggan dan akan mendapat pelanggan yang setia dengan perniagaan kita untuk mendapat pelanggan yang setia dengan perniagaan kita adalah sesuatu yang susah tetapi jika pelanggan tersebut suka dengan perniagaan kita maka dengan itu tidak menjadi susah pun untuk mendapat pelanggan yang setia ataupun dipanggil pelanggan ‘roylti’.

            Kenapa kita membuat promosi mengapa promosi ini betul-betul penting untuk perniagaan kita  sebenarnya ada beberapa tujuan mengapa promosi ini penting untuk perniagaan kita.  Antara tujuannya adalah untuk kita menyebarkan maklumat ataupun ‘informasi’ tentang produk kepada target yang kita sasaran di pasaran secara yang potensial dan dapat di terima secara baik oleh pelanggan-pelanggan terhadap produk ini.  Tujuan yang lain pula adalah untuk meningkatkan penjualan supaya perniagaan kita akan dapat hasil yang baik.  Tujuan yang ketiga supaya kita akan dapat menarik lebih ramai pelanggan  dan akan mendapat pelanggan yang setia dengan perniagaan kita.

            Tujuan keempat supaya kita akan dapat menjaga kestabilan perjualan perniagaan apabila perniagaan kita berada di dalam keadaan yang lesu dengan itu promosi ini akan dapat membantu kita meningkat lagi perniagaan kita.  Tujuan kelima adalah untuk menjadikan produk kita lebih dikenali kepada orang ramai dan dapat bersaing dengan baik  dan secara yang elok dengan persaingan yang lain.  Tujuan keenam supaya kita dapat mengikut citra rasa pelanggan dengan produk yang bakal kita promosikan adalah bersesuaian dengan citra rasa ataupun apa yang pelanggan inginkan daripada produk kita dengan itu akan mendapat sambut yang sangat baik daripada pelanggan untuk membeli produk kita dan tujuan yang terakhir adalah supaya kita akan mendapat mengubah tingkah laku dan juga pendapat pelanggan terhadap produk kita yang bakal dipasarkan kepada orang ramai.

            Kita ada secara tersendiri untuk melakukan promosi tersebut antaranya kita boleh melakukan melalui menghantar mesej kepada pelanggan maklumat tentang produk tersebut.  Selain itu juga, kita boleh lakukan secara menghantar email kepada pelanggan tersebut.  Kita juga boleh buat iklan samada di televisyen, radio dan banyak lagi yang kita boleh membuat iklan tersendiri untuk produk kita sendiri.  Cara ini juga boleh dilakukan melalui percakapan sendiri dengan pelanggan tersebut cara ini juga adalah lebih berkesan kerana kita boleh menerangkan dengan lebih jeles tentang produk kita apa yang pelanggan itu tidak faham ataupun ada pertanyaan tentang produk itu sendiri.
Bauran promosi adalah gabungan dari beberapa promosi dari satu produk sama agar promosinya dapat maksimal dan hasilnya memuaskan dan juga akan dapat diterima oleh pelanggan berkaitan dengan promosi yang diadakan.  Gabungan tersebut sama seperti melakukan pengiklanan,  menghantar  mesej kepada pelanggan dan banyak lagi promosi yang dijalankan hanya dengan promosikan satu produk sahaja.  Hubungan promosi dengan penjualan iaitu promosi dapat meningkatkan angka penjualan. Pada umumnya setelah angka penjualan cukup tinggi, suatu badan produksi atau distributor akan mengurangi kegiatan promosi

4.1  Promosi Pasar Pagi
 
            Pasar  pagi mesti kita  akan  berasa  pelik di sebuah pasaraya ada pasar pagi selalunya pasar pagi ini hanyalah berada disebuah kawasan yang dipanggil pasar dan turut juga mempunyai ramai penjual.  Tetapi disebuah pasar raya yang besar telah mengadakan pasar pagi sebagai promosi untuk menarik lebih ramai pelanggan yang datang ke pasar raya tersebut.  Sambutan daripada pasar pagi yang berada di pasar raya tersebut telah menarik lebih  ramai pelanggan yang datang untuk membeli barang di pasar raya tersebut. 

            Pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd.  telah pun mengambil keputusan untuk mengadakan promosi pasar pagi tersebut untuk menarik pelanggan datang ke pasar raya mereka.  Hasil daripada promosi tersebut adalah sambutan yang sangat luar biasa dan tidak di sangka oleh pihak Nirwana Maju sdn.bhd sendiri tentang sambutan yang diterima oleh pihak mereka daripada pelanggan mereka sendiri.

            Saya sebagai salah seorang pekerja yang berkerja di pasar raya tersebut turut terkejut dengan sambutan yang diterima oleh pelanggan.  Kenapa saya berkata begitu kerana jika ada pasar pagi walaupun Nirwana Maju sdn.bhd belum membuka pintu tetapi sudah ada pelanggan yang telah menunggu di luar pasar raya tersebut.  Selain itu juga, pelanggan juga sering akan bertanya kepada saya dan juga pada pekerja yang lain tentang promosi pasar pagi barang apa yang akan mengadakan promosi tersebut.  Saya berasa promosi tersebut adalah sangat berhasil untuk lebih meningkatkan lagi hasil jualan mahupun keuntungan untuk pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd.



            Pasar pagi yang berada di pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd ini berlaku pada setiap minggu.  Pasar pagi ini akan berlaku hanya pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja.  Waktu bermulanya pasar pagi ini adalah pada pukul 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi.  Pasar pagi ini berlaku selama 3 jam.  Pihak Nirwana Maju sdn.bhd telah pun membuka awal setengah jam daripada waktu beroperasi mereka seperti biasa.  Hal itu, hanyalah kerana mengadakan pasar pagi .

            Promosi pasar pagi telah berjaya menabat hati para pelanggan Nirwana Maju sdn.bhd dan telah pun membuat pelanggan mereka tertunggu-tunggu promosi apa yang akan dibuat untuk pasar pagi.  Promosi tersebut telah menambahkan hasil jualan Nirwana Maju sdn.bhd.  Pelanggan akan membeli barang-barang di dalam kuantiti yang banyak kerana harga yang begitu murah berbanding dengan hari-hari biasa dan semua itu telah pun dapat menabatkan hati para pelanggan yang datang untuk membeli barang keperluan mereka seharian

4.2  Kad  Keahlian
           
            Kad keahlian ini adalah perkara biasa yang telah dilakukan oleh pasaraya-pasaraya yang berada di dalam Malaysia mahupun yang berada diluar Malaysia.  Promosi ini adalah untuk menambahkan lagi pelanggan yang setia dengan pasaraya tersebut dan promosi ini adalah sangat berhasil untuk menambahkan lagi hasil jualan mereka sendiri.   Kad keahlian mereka adalah  ditentukan oleh pihak pasaraya sendiri untuk cara mengira bonusnya dan kad keahlian selalunya dilindungi oleh pihak insurans itu sendiri dan hal ini membuat pelanggan berasa selamat dan dihargai sambil diperihatin oleh pihak pasar raya itu sendiri didalam menjaga kebajikan pelanggan-pelanggan mereka sendiri.

            Nirwana Maju sdn.bhd juga menggunakan promosi kad keahlian juga seperti pasaraya yang lain. Setiap kad mempunyai mempunyai nilai yang tersendiri.   Nirwana Maju sdn.bhd mempunyai 2 kad keahlian. kad keahlian yang pertama adalah berwarna ‘gold’ kad ini bernilai RM 10 ringgit Malaysia dan kad yang kedua adalah berwarna kelabu yang bernilai RM 20 ringgit Malaysia.  Kedua-dua kad ini dilindungi dengan insurans dan kad-kad ini juga mempunyai tarikh luput penggunaan kad ini.  Tarikh luput bagi kad tersebut adalah hanya selama setahun sahaja.   Setelah tamat tarikh luput pelanggan bolehlah menghidupkan semula kad termasuk di pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd itu sendiri dan mata terkumpul tetap akan kekal pada kad tersebut.

           



Bagi untuk membuat kad ini adalah mengambil masa hanya dalam 15 minit sahaja dan kad tersebut pelanggan sudah pun boleh menggunakan kad tersebut di pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd.  Hal ini memudahkan bagi pelanggan untuk menggunakan kad tersebut kerana maklumat mereka telah pun berada di dalam data maklumat pelanggan bagi pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd.  Tetapi jika untuk menghidupakan kad keahlian tersebut pula hanya memerlukan masa yang sama sahaja dengan membuat kad iaitu di dalam masa 15 minit sahaja dan tidak perlulah pelanggan terpaksa menunggu terlalu lama untuk menyimpankan dan juga mengunakan kad tersebut.

            Cara pengiraan mata bagi kad keahlian ini tidaklah seperti kad keahlian pasar raya yang lain ini kerana mereka mengunakan cara yang berbeza.  Di pasar raya yang lain mereka menggunakan kad keahlian dengan jika ada kad keahlian akan mendapat harga yang murah berbanding dengan harga bukan ahli .  Hal ini, pihak Nirwana Maju sdn bhd menggunakan cara yang berbeza iaitu mengira mata.  Setiap mata dikira dengan jumlah harga barang iaitu RM10 persamaan dengan 1 mata.  Pihak Nirwana Maju sdn.bhd. membuat pelanggan mengumpul mata daripada setiap pembelian mereka.

            Bila tengok daripada cara akan mengurangkan sambutan tetapi ternyata saya telah silap kerana cara itu juga telah pun mendapat sambutan yang sangat  baik daripada para pelanggan.  Mereka telah mengejar-kejar untuk mengumpul mata ganjaran tersebut .  Kenapa saya berkata begitu pernah ada pelanggan membeli barang dan jumlah hanya lagi seringgit atau dua ringgit untuk mendapatkan lagi 1 mata pelanggan sangguh pergi mencari barang lain untuk menambahkan mata mereka.


            Hasil daripada pengumpalan mata tersebut adalah setiap mata dapat ditukar dengan barang sebagai contohnya adalah dengan mata sebanyak 2000 mata pelanggan dapat tukar mata dengan mendapat barang seperti kipas dan banyak lagi barang yang dapat ditukar dengan pengumpalan mata tersebut.

            Promosi ini telah pun berjaya menarik hati pelanggan dan juga dapat menambahkan pengumpulan mata bagi pelanggan dan juga dapat meningkatkan lagi hasil jualan dan keuntungan kepada pelanggan.  Selain itu juga dapat menambahkan lagi pelanggan yang setia dengan pasar raya kita.

4.3 ‘ Sale’

            Dengar sahaja nama ‘sale’ pasti ramai pelanggan akan tertarik dengan perkataan ‘sale’.  Dengan itu pihak Nirwana Maju sdn.bhd juga tidak akan melepaskan peluang untuk membuat ‘sale’ tersebut yang akan membantu didalam meningkatkan hasilan jualan pasaraya itu sendiri. 

            Didalam Nirwana Maju sdn.bhd bukan pihak di Nirwana Maju sdn.bhd.  yang membuat ‘sale’ tetapi ada juga produk yang lain telah pun membuat ‘sale’ mereka sendiri sebagai contoh membuat harga promosi dan memberi hadiah percuma didalam hal ini telah pun membantu pihak pasar raya itu sendiri didalam membuat ‘sale’.  Dengan hanya promosi daripada barang tersebut telah pun membuat pelanggan tertarik dengan promosi tersebut dan akan datang mencari sendiri pasar raya kita.

            Tetapi didalam hal ini kita sebagai sebuah pasar raya perlulah membuat promosi sendiri untuk menarik pelanggan untuk datang membeli barang dan jangan hanya mengharapkan hanya ‘sale’ daripada produk itu sahaja.  Jika produk tersebut telah pun membuat promosi mereka sendiri itu telah menjadi kita sebagai satu bonus yang sangat bagus untuk meningkatkan jualan.  Maka dengan itu, Nirwana Maju sdn.bhd juga telah membuat ‘sale’ mereka itu sendiri menarik perhatian daripada pelanggan mereka

            Nirwana Maju sdn.bhd telah pun menbuat ‘sale’ mereka sendiri itu.  Selalu mereka akan membuat promosi dengan menurunkan harga barang seperti barang keperluan para pelanggan contohnya sabun, barang-barang basah seperti buah, sayur,ayam dan banyak lagi.  Kenapa Nirwana Maju sdn.bhd itu sendiri membuat promosi seperti itu  kerana kebanyakkan pelanggan Nirwana Maju sdn.bhd ramai yang membeli barang keperluan seperti itu.

            Nirwana Maju sdn.bhd selalunya membuat promosi pada setiap minggu  akan membuat promosi tersebut.  Promosi ini  telah pun berjaya kerana pernah juga pelanggan asyik bertanya pada saya tentang bila promosi akan ada dan juga bila promosi itu akan berlaku.  Nirwana membuat promosi tersebut didalam 3 atau 4 hari sahaja promosi itu selalu berlangsung dan selalunya pada hari jumaat, sabtu, ahad.

            Pada setiap minggu memang pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd akan membuat ‘sale’ tidak kira bersempana perayaan apa pun pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd akan membuat ‘sale’.  Pihak Nirwana Maju sdn.bhd tetap akan mengadakan jualan runtuh apabila bersempana perayaan tidak kira adilfitri, tahun baru cina, deepavali dan macam-macam perayaan lagi dan masa itu Nirwana Maju sdn.bhd  akan mengadakan lebih besar potongan harga daripada potongan harga setiap minggu tersebut.

            Hal ini, pelanggan akan lebih tertarik dengan potongan harga yang akan dibuat oleh pihak Nirwana Maju sdn.bhd itu sendiri dan keadaan ini telah pun mendapat sambutan yang baik dan membuat para pelanggan akan tertentu barang apa yang menjadi potongan harga yang hebat itu.



4.4   Jom  Kembali  Ke  Sekolah

            Jom kembali ke sekolah saya memang betul-betul bertuah kerana semasa sedang menjalani latihan industri jatuh pada pelajar-pelajar sekolah memulakan persekolahan mereka jadi Nirwana Maju sdn.bhd tidak melepaskan peluang tersebut mengadakan promosi untuk pelajar-pelajar yang akan memulakan persekolahan .

            Nirwana Maju sdn.bhd telah mengadakan promosi jom kembali ke sekolah selama sebulan iaitu bermula pada 1/12/2011 hingga 1/1/2012.  Banyak promosi yang dijalankan seperti beg sekolah, kasut sekolah, peralatan tulis dan banyak lagi yang dijual dengan harga sangat berpatutan kepada pelanggan yang kurang kemampuan dan pelanggan tidak perlulah membeli barang sekolah jauh kerana di pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd.

            Nirwana Maju sdn.bhd mempunyai cara sendiri tersendiri membuat pelanggan mereka tertarik untuk membeli barang mereka iaitu cara Nirwana Maju sdn.bhd mengikut popular zaman sekarang.  Pada masa kini telah popular dengan musim permainan ‘angry bird’ banyak peralatan tulis dan juga beg sekolah yang ada gambar ‘angry bird’ dan telsh pun mendapatkan sambutan yang baik

4.5  Promosi  Perayaan  Hari  Natal

            Semasa menjalani latihan industri saya sangat bertuah kerana telah pun jatuh pada perayaan hari Natal dan juga pihak Nirwana Maju sdn.bhd tidak akan sekali-kali melepaskan peluang ini untuk menarik lagi lebih ramai pelanggan yang datang ke pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd tersebut.

            Pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd telah pun membuat potongan harga yang sangat menarik dan boleh menarik lebih ramai pelanggan yang datang ke pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd.  Nirwana Maju sdn.bhd membuat potongan harga seperti minuman bergas, makanan ringgan dan banyak lagi yang lebih menarik.

            Pasar Raya Nirwana Maju sdn.bhd bagi turut menyambut perayaan hari Natal bagi untuk  pelanggan-pelanggan Nirwana Maju sdn.bhd yang memyambut perayaan hari Natal ini.   Pihak Nirwana Maju sdn.bhd  menjadikan keadaan lebih meriah dengan memasang lagu-lagu hari Natal dan keadaan ini membuat perayaan hari Natal di Nirwana Maju sdn.bhd menjadi begitu meriah dan pelanggan juga terhibur dan berasa gembira untuk membeli barangan mereka.

4.6  Tahun  Baru  Cina

            Seperti perayaan hari Natal Nirwana Maju sdn.bhd telah pun membuat promosi tersendiri begitu juga dengan  perayaan Tahun Baru Cina.  Nirwana Maju sdn.bhd  telah membuat promosi yang begitu hebat juga untuk memyambut perayaan tersebut.  Promosi tersebut telah berjalan selama sebulan sebelum perayaan Tahun Baru Cina tersebut.

            Potongan Harga yang sangat hebat telah pun berlangsung.  Potongan harga terhadap  buah limau tidak akan sesekali terlepas kerana buah limau telah pun menjadi simbol kepada kaum cina untuk menyambut Tahun Baru Cina mereka sendiri dan sudah sememangnya pelnggan akan mencari buah limau tersebut malahan bukan sahaja buah limau tersebut dibeli oleh kaum cina sahaja malahan kaum india dan melayu juga turut membeli buah limau tersebut dan itu yang di katakan satu Malaysia dan benarlah kata-kata Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib itu sendiri.

 Pihak Nirwana Maju sdn.bhd. mengadakan promosi Tahun Baru Cina dengan membuat keadaan dan juga sambutan menjadi lebih meriah adalah pihak Nirwana Maju sdn.bhd memasang gambar-gambar dan juga logo-logo Tahun Baru Cina dengan suasana yang telah meriah untuk menambahkan lagi keadaan menjadi lebih meriah dengan memasang lagu-lagu Tahun Baru Cina.


BAB 5:  KESIMPULAN
            Secara keseluruhannya, latihan industri yang dilaksanakan oleh pelajar semester empat adalah amat berguna terutamanya bagi diri saya.  Dengan adanya latihan industri menjadi satu landasan bagi saya untuk mengenali bidang kerja yang sebenar serta lebih luas.  Di samping itu, ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian di Politeknik dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam dunia pekerjaan. Perbezaan semasa pengajian di Politeknik dan menjalani latihan praktikal adalah amat berbeza sekali terutamanya secara berkomunikasi dengan orang luar.  Gaya kominikasi mereka kelihatan lebih matang.  Maka, ini merupakan kelebihan yang saya peroleh bagi meningkatkan lagi gaya komunikasi.  Jesteru, latihan ini amat baik dan wajar diteruskan bagi melahirkan graduan yang lebih berkualiti selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan profesonal yang dinamik.

            Dalam tempoh menjalani latihan industri di nirwana maju banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya terima samada ketika melakukan kerja di dalam syarikat ataupun di stor mereka.  Pengetahuan dan pengalaman amat berguna bagi diri saya untuk memajukan lagi diri saya dan mecerahkan masa depan saya utama sekali dalam bidang peruncitan.  Semua pengetahuan dan Pengalaman tersebut akan menambahkan keyakinan, kemahiran serta kebolehan diri saya dalam melakukan sesuatu kerja apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Banyak cabaran yang terpaksa saya tempuhi terutama sekali terpaksa mengatasi masalah pelanggan yang cerewat.  Pada mulanya agar susah untuk saya mengatasi masalah pelanggan tersebut tetapi dengan bantuan daripada pekerja-pekerja di syarikat tersebut membuatkan saya lama kelamaan dapat mengatasi masalah tersebut dengan sendiri.

Dari segi perhubungan dengan pekerja-pekerja syarikat, tiada sebarang masalah yang saya hadapi.  Ini kerana sikap setiap pekerja yang ceria dan begitu prihatin terhadap setiap gerak kerja yang saya lakukan.  Kerjasama yang dihulurkan dalam setiap gerak kerja yang saya lakukan juga membanggankan.  Selain itu, kerajinan yang ditunjukan oleh pekerja dalam melakukan kerja mencederungkan diri saya untuk menjadi seperti mereka.  Walaupun Cuma saya seorang sahaja yang menjalani latihan praktikal di Nirwana Maju, Namun saya berasa tidak tertekan kerana saya dapat menyesuaikan diri saya dalam suasana pekerjaan dengan baik

Oleh yang demikian, saya amat bersyukur kepada tuhan dengan segala pemberian yang diberikan oleh pihak syarikat.  Saya ingin mengucapkan jutaan berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung yang telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna.  Jasa dan bantuan mereka tersebut tidak akan saya lupakan sampai bila-bila, kepada mereka yang telah mencurahkan ilmu dan tunjuk ajar akan mendapat balasan yang sepatutnya mereka semua dapat daripada tuhan 


BAB 6: KOMEN DAN CADANGAN

Setelah selama 5 bulan persamaan 22 minggu telah saya menjalani latihan industri di Nirwana Maju sdn.bhd telah banyak pengalaman yang saya pelajari daripada Nirwana Maju sdn.bhd dan hal ini telah pun membuat saya bertambah faham dengan apa yang saya pelajari di Politeknik Ungku Omar (PUO) dan pengalaman yang saya dapat tidak akan dilupakan oleh saya sendiri.  Dengan para pekerja yang banyak membantu saya selama menjalani latihan industri ini.

Saya bukan nak katakan Nirwana Maju sdn.bhd. ini tidak bagus tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh di tambah baik kan lagi Nirwana Maju sdn.bhd ini supaya menjadi bertambah baik dan untuk keselesaan para pelanggan yang datang.   Di sini saya mahu sarankan kepada tiga perkara sahaja kepada Pihak Nirwana Maju sdn.bhd.

            Perkara pertama adalah perlulah memasang sistem keselamatan, saya sudah tahu sememangnya telah ada sistem keselamatan seperti cctv dan juga alat kebakaran tetapi perkara itu saya berasa tidak berkesan dan tidak menakutkan pencuri untuk datang curi barangan di dalam pasaran raya Nirwana Maju sdn.bhd.  Oleh itu saya sarankan untuk memasang alat pengesan kecurian di pintu masuk Nirwana Maju sdn.bhd hal ini lebih memudahkan kita mengetahui pencuri tersebut mencuri barangan di dalam pasar raya tersebut.  Perkara ini akan lebih menakutkan pencuri untuk datang mencuri barangan dan dapat mengurangkan kerugian yang akan di alami oleh syarikat.

Perkara kedua adalah menukar sistem di kaunter juruwang kenapa saya sarankan perkara tersebut adalah kerana mesin juruwang sering kali berlaku kerosakkan.  Didalam pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd hanyalah mempunyai 5 kaunter sahaja jika salah satu rosak akan menyukarkan kerja yang lain lebih-lebih lagi apabila pelanggan yang ramai.  Boleh dikatakan kelima-lima kaunter tersebut telah berlaku kerosakkan dan saya sarankan pihak Nirwana Maju sdn.bhd perlulah menukarkan mesin juruwang tersebut supaya tidak berlaku kerosakkan lagi untuk masa yang akan datang.

Perkara yang ketiga adalah susun atur barangan didalam stor.  Saya telah pun pergi ke stor Nirwana Maju sdn.bhd apa yang saya telah lihat susunan barangan yang kurang teratur dan kadang kala menyukarkan untuk saya melalui untuk mengambil barang di stor tersebut.  Saya sarankan perlulah membuat susunan yang lebih teratur supaya tidak akan berkemalangan yang tidak diingati oleh pihak syarikat nanti pihak syarikat juga terpaksa mengeluarkan kos untuk merawat perkara yang sepatutnya boleh di atasi masalah tersebut.  Saya berasa apa yang saya sarankan perlulah di tambah baikkan semua itu adalah untuk kebaikkan pasar raya Nirwana Maju sdn.bhd itu sendiri.


BIBLIOGRAFI/ RUJUKAN

4)      PR 301 Retail Operation  1

LAMPIRAN